2 APRIL: Presiden Filipina Rodrigo Duterte member amaran bahawa, sesiapa yang ingkar terhadap arahan pihak berkuasa atau menyusahkan kakitangan kesihatan ketika COVID-19, mereka boleh ditembak.
Katanya perbuatan sedemikian adalah jenayah yang serius dan tidak boleh dibiarkan.
“Keadaan semakin buruk. Sekali lagi saya maklumkan kepada kamu betapa seriusnya masalah ini dan kamu mesti dengar.
“Arahan saya kepada polis dan tentera… kalau ada masalah – dan sesekali mereka akan melawan balik dan nyawa anggota keselamatan dalam bahaya – tembak mereka sampai mati.
“Adakah kamu faham? Mati. Daripada menyusahkan, biar saya tanam kamu,” katanya seperti dipetik Reuters hari ini.
Dia bercakap demikian dalam ucapan ke seluruh negara lewat malam tadi.
Duterte memang dikenali sebagai pemimpin yang keras dan sebelum ini sudah selalu dipertikaikan kerana pendekatannya menangani isu pengedaran darah.
COVID-19 sudah membunuh 96 orang manakala 2,311 kes positif direkodkan di seluruh Filipina sejak tiga minggu lalu.
Kadar jangkitan yang dilaporkan setiap hari pula mencecah ratusan orang.
Menurut Duterte, penting untuk semua orang bekerjasama dan mematuhi perintah kuarantin yang dikuatkuasakan kerajaan.