30 APRIL: Sarawak membenarkan kedai komputer, telefon bimbit, fotostat dan alat tulis beroperasi di negeri itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, berkata keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Sabah COVID-19 Command Centre hari ini.”Langkah ini diambil bagi memastikan golongan pelajar mendapat bahan peralatan dan alat tulis bagi tujuan pembelajaran secara dalam talian dan keperluan berkaitan.
“Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah akan mengenalpasti kedai dibenarkan beroperasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Safar berkata, kebenaran operasi turut diberikan kepada kedai menjual peralatan keagamaan.
Bagaimanapun, semua premis perniagaan itu hanya dibenarkan beroperasi tiga hari seminggu, iaitu Selasa, Khamis dan Sabtu bermula 8 pagi hingga 5 petang.