2 MEI: Lelaki Rohingya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang mencetuskan kontroversi kerana membuat siaran langsung di laman Facebook memfitnah pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak dibebaskan daripada tahanan reman hari ini.
Keputusan itu dibuat oleh Majistret Zuraidah Abu Bakar di IPD Muar selepas mendapati tiada justifikasi kukuh yang dikemukakan bagi menyambung tempoh tahanan reman terhadap
lelaki 34 tahun bukan warganegara Malaysia itu juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu.Terdahulu, Long Tiger direman lima hari sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan dan pihak polis hari ini memohon supaya reman terhadap Long Tiger disambung lagi sehingga 5 Mei namun tidak dibenarkan majistret.
Long Tiger direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah.
Suspek mendakwa dilahirkan di Mentakab Pahang diwakili oleh peguamn Datuk Shaharudin Ali.