3 MEI: Angka korban di Itali yang melonjak pada Sabtu merupakan jumlah tertinggi sejak 21 April, selepas kematian di luar hospital yang sebelum ini tidak direkodkan.
Sebanyak 474 kematian dilaporkan oleh perkhidmatan perlindungan awam menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara Mediterranean itu mencecah 28,710 sejak Februari, iaitu yang ke-2 selepas Amerika Syarikat (AS).
Tetapi jumlah itu tidak termasuk 282 kematian yang tidak direkodkan pada April namun wilayah Lombardy Milan berkata ia dilaporkan kepada perkhidmatan perlindungan awam pada Sabtu.
Wilayah utara itu merekodkan sebahagian besar kematian awal Itali, dan jumlahnya sekarang hanya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan negara itu.
Angka sebenar korban di Itali dipercayai lebih tinggi daripada jumlah rasmi kerana hanya sedikit kematian di rumah penjagaan atau dalam komuniti yang dilaporkan.
Warga emas di rumah jagaan sering tidak diuji untuk virus itu, dan jumlah orang yang meninggal kerana penyakit tersebut di rumah tidak diketahui.
Trend umum Itali 2 hari sebelum ia mula secara beransur-ansur mengenakan kembali sekatan pergerakan pada Isnin adalah positif.
Sebanyak 192 kematian baru adalah yang paling rendah sejak 14 Mac, dan jumlah jangkitan virus baru mencapai 1,900, kira-kira 1/3 dari jumlah itu pada puncak krisis.