nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jakel mohon maaf selepas adik nafi hina ‘orang Melayu’

4 MEI: Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kenyataan adiknya yang dikatakan menghina orang Melayu.

Adiknya, Muzaffar didakwa menghina orang Melayu ketika menjawab pertanyaan pengguna media sosial mengenai prosedur operasi standard Jakel kembali beroperasi hari ini susulan pengumuman Putrajaya pada Jumaat lalu.

Ramai yang marah dan mempertikaikan tindakan Jakel menyambung semula operasi, selepas catatan Muzaffar “Kesian aku dengan orang Melayu. SOP tu bahasa Melayu pun tak pandai baca” di Instagram Stories 1 Mei lalu.

Faroz dalam satu klip video di Facebook Jakel berkata, beliau kecewa dan terkesan dengan tindakan tidak sensitif adiknya kerana orang Melayu ialah penyokong terbesar perniagaannya selama ini.

“Saya mewakili seluruh ahli keluarga dan rangkaian perniagaan Jakel memohon maaf kepada rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang tersinggung dengan kenyataan adik saya.

“Memang (Muzaffar) tidak ada niat untuk merendah atau menghina orang Melayu kita. Jakel berjaya dan naik menjadi sebuah gedung terkenal dengan sokongan 100% orang Melayu kita juga.

“Jadi, masakan saya menghina orang Melayu dan tidak tergamak dan tidak terfikir oleh akal fikiran manusia untuk menghina pelanggan kami, yang mana pelanggan kami yang memberi kami rezeki dengan izin Allah, takkanlah kita nak hina orang kita.

“Jadi, saya harap masyarakat dapat maafkan keluarga saya dan pekerja saya,” katanya sambil meminta orang ramai terus menyokong syarikat tekstilnya.

Beliau berkata, isu itu pada mulanya hampir reda, tetapi seorang pengguna Facebook bernama Nor Lizah memuat naik catatan menghina orang Melayu menyebabkan keadaan bertambah teruk.

Katanya, individu terbabit tiada kena-mengena dengan keluarganya mahupun perniagaan Jakel.

“Perkara telah berlalu, segala kekhilafan ini berlaku mungkin salah faham. Tapi telah ditambah tokok oleh posting-posting yang tidak berapa tepat dan sebagainya. Contohnya posting Nor Lizah yang mana beliau mengutuk, menghina, memaki hamun orang Melayu kita.

“Saya dan keluarga langsung tidak mengenali individu itu jauh sekali menyokong kenyataannya.”

Difahamkan, pemilik akaun Nor Lizah membuat laporan polis mendakwa beliau tidak menulis catatan itu, sebaliknya akaun Facebooknya digodam.

Sementara itu, Muzaffar turut memohon maaf atas kenyataannya.

Katanya, beliau hanya pekerja Jakel dan kenyataan itu ialah pandangan peribadi yang bukan mewakili syarikat abangnya.

“Salam semua maafkan saya. Saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf di atas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dalam Instagram Stories posting.

“Apa yang saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang tidak sepatutnya digunakan.”

Get real time updates directly on you device, subscribe now.