4 MEI: Thailand melaporkan 3 kes baru Covid-19 dan tiada kematian baru pada Ahad selepas negara itu mula menarik balik sekatan ke atas beberapa perniagaan dan aspek kehidupan.
Jangkitan baru itu adalah jumlah terendah direkodkan sejak awal Mac, sebelum negara terbabit mula melaporkan kluster dan jumlah yang mula meningkat.
Thailand menyaksikan jumlah keseluruhan 2,969 kes Covid-19 dan 54 kematian sejak penularan wabak itu bermula pada Januari.
Angka jangkitan harian baru kekal 1 digit selama seminggu.
Kerajaan membenarkan beberapa perniagaan dan taman awam dibuka semula pada Ahad dan juga meneruskan penjualan minuman beralkohol.