Covid-19: Para pemimpin dunia janji bantuan kewangan hasilkan vaksin
5 MEI: Lebih daripada USB8 bilion telah dijanjikan untuk membantu mengembangkan vaksin coronavirus dan membiayai penyelidikan mengenai diagnosis dan rawatan penyakit ini.
Sebanyak 40 negara dan penderma mengambil bahagian dalam sidang kemuncak dalam talian yang dianjurkan oleh Kesatuan Eropah (EU) semalam.
Presiden Suruhanjaya EU, Ursula von der Leyen mengatakan bahawa wang itu akan membantu memulakan kerjasama global yang belum pernah terjadi sebelum ini.
Usaha itu katanya menunjukkan nilai sebenar perpaduan dan kemanusiaan, namun banyak lagi perkara yang diperlukan untuk masa depan.
Jelasnya, lebih daripada 30 negara bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dermawan serta institusi penyelidikan memberikan sumbangan.
Daripadadana yang diperolehi, USD4.4 bilion akan digunakan untuk pengembangan vaksin manakala USD2 bilion (rawatan) dan USD1.6 bilion lagi untuk tujuan ujian.
“Saya percaya 4 Mei akan menjadi titik perubahan dalam memerangi coronavirus kerana hari ini dunia sedang bersatu. Rakan kongsi banyak, tujuannya adalah satu iaitu untuk mengalahkan virus ini.” katanya. – BBC