6 MEI: Daerah Seremban hari ini terkeluar daripada zon merah dan kini dalam zon kuning apabila melaporkan hanya 39 kes aktif berbanding 45 kes aktif semalam.
Zon merah adalah daerah yang melaporkan 41 kes aktif ke atas, sementara zon kuning 1 hingga 40 kes aktif.
Zon seterusnya, iaitu hijau, tidak melaporkan sebarang kes aktif.
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan daerah Seremban mencatatkan penurunan 6 kes aktif.
Dengan pengumumkan tersebut, tiada daerah di Negeri Sembilan dalam zon merah. Kini 4 dalam zon kuning dan 3 dalam zon hijau.
Menurut data setakat tengah hari, 10 daerah di Malaysia masih dalam zon merah.
Daerah terbabit adalah Petaling (51 kes), Hulu Langat (45), dan Gombak (89) di Selangor, Batu (90), Ibu Kota (156), Kampung Baru (68), dan Sri Petaling (47) di Kuala Lumpur, Kluang (62) di Johor, Kuching (110) dan Kota Samarahan (46) di Sarawak.