7 MEI: ADUN Chini Datuk Seri Abu Bakar Harun, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi ini.
Mangsa meninggal dunia kira-kira 3 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mengesahkan kematian Allahyarham menerusi muat naik status di Facebook rasmi beliau pagi ini.
“Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya menerusi status itu sambil turut menyampaikan salam takziah kepada pihak keluarga Allahyarham semoga tabah menghadapi ujian ini.
Abu Bakar pernah dilantik sebagai EXCO Hal Ehwal Peneroka dalam pentadbiran kerajaan Pahang di antara tahun 2013 hingga 2018.
Pada PRU 14, beliau mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Chini dalam Parlimen Pekan dengan majoriti 4,622 undi selepas mengamalah Mohd Fadhil Noor (PAS) dan Muhamad Razali Ithnin (PKR).