8 MEI: Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus dilaporkan meninggal dunia, 12.30 tengah malam tadi di rumahnya di Ampang, Selangor.
Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.
“Duka cita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,” menurut kenyataan di Facebook itu.
Sebelum ini, Ismail dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Malah anaknya Mohd Firdaus memaklumkan keadaan jantung bapanya lemah dan diberikan ubat untuk sokongan.
Jenazah allahyarham akan dikafan dan disolatkan di Masjid AsSobirin Keramat dan dikebumikan di tanah perkuburan AU4.