10 MEI: Pihak berkuasa sudah memasang kawat duri sekitar kawasan Pekan Lama Petaling Jaya atau PJ Oldtown, mulai tengah malam tadi .
Ini membayangkan kemungkinan kawasan itu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau PKP Diperkasakan seperti Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur.
Selain dipasang kawat duri oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis pula sudah mengadakan sekatan jalan raya di kawasan sama.
Kawasan terbabit sebelum ini menjadi tumpuan kerana pasar basah yang terletak dekat Jalan Othman dikenal pasti antara kluster penularan wabak COVID-19.
Pemasangan kawat duri turut meliputi Seksyen 2 dan Seksyen 4 PJ Old Town.
Tindakan ini dipercayai ada kaitan dengan laporan 9 kes baharu Covid-19 di dicatatkan dalam daerah Petaling.