12 MEI: Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul dilihat masih ‘bermain wayang’ dengan berharap agar kerajaan PH di bawah pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kekal mentadbir negeri terus sehingga hari ini.
“Saya tak nak komen banyak, kita masih kerajaan untuk sekarang melainkan kalau ada sebarang perubahan nanti.
“Untuk sekarang kita harap kerajaan kekal, kita tnggu dan lihat apa jadi selepas ini, ” katanya diminta mengulas tindakan 2 Adun PKR meninggalkan parti pagi tadi.
Mereka ialah Adun Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee dan Adun Lunas, Azman Nasrudin Lunas hari ini
Tindakan itu sekaligus menyebabkan Mukhriz tidak cukup majoriti untuk terus mempimpin Kedah.
Namun dalam masa yang sama sepucuk surat yang ditandatangani Johari sendiri tersebar dengan bersetuju untuk menamakan Adun PAS Jeneri Muhamad Sanusi Md Nor, sebagai calon Menteri Besar Kedah yang baru mencetuskan tanda tanya.
Surat itu sekaligus menunjukkan PKR sendiri mempunyai agenda untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah sejak Mac lalu.
Johari turut mengesahkan surat bertarikh 12 Mac tetapi tegasnya, surat itu adalah “cerita lama” dan tidak menggambarkan pendirian terkini parti.
“Itu cerita lama bila Bersatu keluar (PH) dulu. Lepas tu kita sokong balik MB ni (Mukhriz Mahathir), selesailah,” katanya kepada kepada sebuah portal pro pembangkang.-Oleh ASLINDA NASIR