nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pembukaan sepenuhnya kaunter JPJ mulai Isnin

Agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka perkhidmatan kaunter sepenuhnya termasuk di cawangan-cawangan Pos Malaysia bagi semua urusan bermula hari Isnin, 18 Mei 2020.

Pada masa ini, kakitangan JPJ di seluruh negara sedang dalam persiapan terakhir untuk digerakkan sepenuhnya untuk memulakan pengoperasian termasuk memastikan langkah-langkah dari aspek keselamatan dan kesihatan dapat dipenuhi sebagaimana yang diperlukan.

Beberapa penyelarasan rutin juga dimuktamadkan antara JPJ dengan bank-bank yang berkaitan untuk memastikan perkhidmatan JPJ dapat kembali normal pada minggu hadapan.

Sebelum ini, JPJ telah membuka perkhidmatan kaunter secara berperingkat susulan keputusan Kerajaan membuka semula sektor ekonomi negara menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Hanya urus niaga tertentu sahaja dibenarkan beroperasi di kaunter sehingga 17 Mei 2020 ini dan senarai urus niaga berkenaan adalah seperti yang tertera dalam Lampiran A.

JPJ juga akan terus beroperasi selama tujuh (7) hari seminggu bertujuan membolehkan urus niaga tertunggak diselesaikan secepat mungkin selain daripada mengelakkan kesesakan pelanggan sedia ada daripada kedua-dua urusan perdagangan dan individu. Pengoperasian ini akan berterusan sehingga arahan pemberhentian diumumkan kelak. Manakala waktu operasi pula adalah dari jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang pada hari bekerja dan 8:00 pagi hingga 1:00 petang pada hujung minggu (Jumaat dan Sabtu di beberapa negeri yang berkaitan).

Pembayaran secara tunai bagi semua urusan di cawangan-cawangan JPJ adalah dibenarkan hanya pada jam 8:00 pagi hingga 11:00 pagi sementara pembayaran tanpa tunai atau e-payment termasuk transaksi melalui kad debit dan kad kredit pula diterima mulai jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang pada hari bekerja. Hanya pada hari minggu sahaja pembayaran secara e-payment dibenarkan untuk semua urusan.

Diingatkan bahawa kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu dalam tempoh PKP dengan syarat kenderaan tersebut masih dilindungi dengan perlindungan insurans yang sah.

Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, perkhidmatan kaunter JPJ akan ditutup mulai hari Sabtu, 23 Mei 2020 hingga Selasa, 26 Mei 2020 dan kembali beroperasi pada hari Rabu, 27 Mei 2020.

Saya sekali lagi ingin mengingatkan kepada orang ramai dan kakitangan agensi supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha bersama mencegah penularan wabak COVID-19. Paling penting ialah mengamalkan penjarakan sosial, memakai topeng muka dan kerap mencuci tangan. 

Kementerian akan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan para pengguna pengangkutan awam di Malaysia. Dalam masa sama, usaha melawan pandemik COVID-19 ini juga adalah tanggungjawab kita bersama.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG

MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

14 MEI 2020

Get real time updates directly on you device, subscribe now.