16 MEI: Hasil 750 ujian saringan Covid-19 ke atas kakitangan Parlimen termasuk semua 222 Ahli Parlimen menjelang Persidangan Dewan Rakyat, Isnin ini didapati negatif.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, keputusan setakat ini adalah negatif tetapi pihaknya akan terus memantau dari masa ke semasa .Katanya, semalam adalah hari terakhir ujian saringan Covid 19 untuk semua Ahli Parlimen dan semua warga kerja Parlimen.
Dewan Rakyat akan bersidang selama sehari pada Isnin ini selepas mengambil kita keadaan semasa, terutama dalam membendung pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, persidangan Isnin ini hanya tertumpu perasmian pembukaan dan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.