nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Adakah Mahathir terkena jerat sendiri?

18 MEI: Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa baginda sudah meminta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak meletak jawatan Perdana Menteri pada Febuari lalu, menarik perhatian umum hari ini.

Apatah lagi,baginda memaklumkan di Dewan Rakyat, dalam pertemuan pada 24 Februari lalu, jam 5 petang dengan Dr Mahathir, baginda cuba memujuk Perdana Menteri ketujuh itu agar mengubah keputusan berkenaan, tetapi gagal.

“Namun, beliau tetap dengan keputusannya. Beta dengan hati yang sedih terpaksa akur dan menghormati keputusan beliau,” jelas baginda ketika bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.

Jadi, kenapa Ahli Parlimen Langkawi yang sudah berusia 95 tahun itu masih beria-beria mahu menjadi Perdana Menteri sedangkan beliau sudah menolak pujukan Yang di-Pertuan Agong?

Timbul persoalan kenapa Dr Mahathir masih berusaha menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendapatkan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat sehingga Agong melantiknya Perdana Menteri ke 8.

Disebalik semua tindak tanduk Dr Mahathir itu, secara tidak langsung mendedahkan mungkin beliau terkena jerat yang dipasangnya sendiri.

Difahamkan, beliau menulis surat meletak jawatan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong kerana percaya dirinya akan mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen untuk dilantik semula.

Tambahan pula, ahli parlimen UMNO, BN dan PAS sudah berjanji menyokong dan memberi undi kepadanya jika ada usaha menjatuhkan beliau.

Sebab itu, apabila dipujuk oleh Yang di-Pertuan Agong, Dr Mahathir tetapi dengan keputusan meletak jawatan kerana mahu beliau dipilih oleh ahli-ahli parlimen bukan ditentukan oleh istana.

Ini dikuatkan dengan laporan Dr Mahathir mahu membentuk kerajaan baharu dengan anggota Kabinet berasaskan kebolehan dan bakat ahli-ahli parlimen secara indiidu, bukannya mengikut pilihan parti seperti biasa.

Beliau berharap perancangannya berjaya apabila Agong melantiknya sebagai perdana menteri interim ketika proses memilih perdana menteri berlangsung.

Malangnya,masalah mula timbul bila cadangan Dr Mahathir supaya ahli parlimen terpilih sahaja dalam pembentukan kerajaan baharu tidak berlaku seperti dirancang kerana UMNO dan BN membuat keputusan hanya akan menyokong beliau secara en bloc.

Ini menyebabkan proses pelantikan Perdana Menteri ke 8 mengambil masa dan akhirnya sebahagian ahli parlimen BERSATU, UMNO, BN, PAS dan GPS membuat keputusan memilih Muhyiddin dan menolak idea Dr Mahathir.

Sokongan terhadap Muhyiddin diperkuatkan lagi oleh ahli-ahli parlimen PKR kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertindak keluar parti.

Akhirnya, Muhyiddin mendapatkan sokongan majorit dan kepercayaan Agong dipilih sebagai Perdana Menteri ke 8.

Dr Mahathir yang kecewa dan berasa dikhianati oleh Muhyiddin dan Azmin berterusan menyerang dan mempersoal kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu sehingga sanggup membawa usul tidak percaya terhadap Muhyiddin di Dewan Rakyat.

Jika tidak didedahkan apa sebenarnya berlaku oleh Yang di-Pertuan Agong, tentu masih ramai percaya Dr Mahathir dikhianati Muhyiddin sedangkan bekas perdana menteri itu terkena jerat yang dipasangnya sendiri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.