nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kenapa hadir kalau Parlimen ini sampah soal Takiyuddin

19 MEI : Kenyataan ahli parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar yang menyifatkan Parlimen sebagai sampah ditemplak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan

Katanya, meskipun hanya tempoh sejam sahaja yang memerlukan kehadiran ahli parlimen itu hadir ke Dewan Rakyat, tetapi ia menentukan kedudukan seseorang itu masih kekal pada kedudukannya atau tidak.

“Ada orang persoalkan kenapa satu hari, kenapa satu jam, ada juga yang sebut ‘this is rubbish’, tetapi dia datang juga tempat ‘rubbish’ ini.

“Satu jam persidangan ini memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan dan menyebabkan ahli Parlimen yang mengkritik itu kekal sebagai ahli Parlimen.

“Kalau tidak ada persidangan hari ini (18 Mei), walaupun selama satu jam, dia sudah gugur kedudukannya sebagai ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Takiyuddin merujuk Perkara 52 (1) Perlembagaan yang menyatakan jika seseorang ahli Parlimen tidak menghadiri sidang Parlimen sekurang-kurangnya sekali dalam 6 bulan tanpa kebenaran Parlimen, maka Majlis Parlimen boleh mengisytiharkan kerusinya kosong.

Pengecualian hanya diberikan kepada ahli Parlimen yang mendapat kebenaran bercuti daripada menghadiri sidang Parlimen.

Sementara itu, Takiyuddin memberi jaminan ahli Parlimen akan diberikan lebih banyak masa untuk berbahas pada sidang Dewan Rakyat 13 Julai nanti.

“Kerajaan memperuntukkan 25 hari pada Julai dan Ogos ini untuk pembangkang memberikan pandangan, kritikan yang membina. Ia boleh diberikan pada kerajaan, menunjukkan amalan demokrasi tetap subur dalam Parlimen.

“Tidak timbul kerajaan ini takut berdepan pembangkang dan sebagainya. Kalau ada sekali lagi usul tidak percaya terhadap perdana menteri, saya juga percaya kerajaan bersedia berdepan perkara ini.

“Perbahasan boleh dibenarkan pada masa itu dan rang undang-undang juga kita akan bawa pada masa itu, bukan hanya setakat bacaan kali pertama, mungkin akan terus dibacakan buat kali ke-2 dan ke-3,” katanya lagi.

Semalam Xavier di luar Parlimen menyifatkan institusi tersebut adalah sampah kerana mendakwa hak mereka sebagai wakil rakyat disekat apabila tidak membenarkan usul Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dibahaskan.  – Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.