25 MEI: 172 kes jangkitan baru dilaporkan berbanding 60 semalam, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 7,417 orang sehingga kini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 172 kes baru yang dilaporkan, 5 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
13 warganegara Malaysia manakala 159 bukan daripada bukan warganegara.
“Daripada 167 kes penularan tempatan, 159 kes adalah bukan warganegara kes bukan warganegara Malaysia dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI),” katanya.
Tambah Noor Hisham ketika ini seramai 1,323 pesakit sedang dirawat.
Daripada jumlah tersebut, 8 di unit rawatan rapi dengan 4 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, Hisham mengumumkan 34 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,979 orang sehingga kini.