28 MEI : Tiga negara telah menerima balik penghantaran semula Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) ke negara asal mereka.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata tiga negara tersebut adalah Indonesia, Nepal dan Bangladesh.
“Saya ucap terima kasih 3 negara ini iaitu melalui wakil mereka di kedutaan mereka di sini.
“Mereka positif dan berharap kedutaan lain ikut kerjasama kerajaan Malaysia hantar pulang rakyat mereka yang telah disaring negatif Covid-19,” katanya pada sidang media Putrajaya, Khamis.
Tambahnya, beliau merayu agar negara lain mencontohi tiga negara ini supaya bersetuju menghantar pulang rakyat mereka selepas disahkan negatif Covid-19.
Setakat ini, Wisma Putra sudah menghantar nota rasmi kepada pejabat kedutaan yang rakyat mereka masih berada di depoh tahanan imigresen di negara ini bagi tujuan itu.