nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin tolak dakwaan sedang terima rawatan di Singapura

28 MEI: Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan kononnya beliau berada di Singapura bagi menjalani rawatan kesihatan di negara itu.

“Saya ingin nyatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Untuk makluman, saya sedang menjalani kuarantin di rumah saya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur,” katanya menerusi Facebook beliau.

Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa dalam keadaan negara masih berperang melawan wabak COVID-19, beliau akan pastikan perbincangan merancang strategi melawan COVID-19 mesti diteruskan.

Beliau percaya, sekiranya seluruh masyarakat dapat bekerjasama dan mengambil tanggungjawab menjaga komuniti masing-masing, negara akhirnya akan berjaya mengakhiri penularan wabak Covid-19.

Ismail Sabri dan Dr Noor Hisham ketika sidang video bersama Perdana Menteri

Muhyiddin yang sedang menjalani kuarantin 14 hari sejak Khamis lalu turut memaklumkan mengenai sidang videonya bersama Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, beliau sempat berinteraksi selama 40 minit bagi mendapatkan perkembangan terkini tentang situasi Covid-19 di negara ini.

“Kami turut berbincang mengenai proses penghantaran balik pendatang asing tanpa izin (PATI) yang disahkan negatif COVID-19.

“Saya telah mengarahkan supaya proses tersebut dipercepatkan bagi mengurangkan risiko penularan semula jangkitan COVID-19 dalam kalangan PATI yang berada di depot tahanan Imigresen,” jelasnya lagi.

Perkara lain dibincangkan adalah mengenai kempen menggalakkan pemimpin komuniti memperkasa komuniti masing-masing untuk mengambil tanggungjawab melindungi dan memelihara komuniti daripada jangkitan Covid-19.

“Saya percaya kempen ini dapat mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi dan akhirnya akan meringankan beban petugas-petugas barisan hadapan (frontliners).

“Langkah ini juga sangat penting dalam merangka “exit plan” bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang juga merupakan kriteria terakhir yang mesti dipenuhi sebelum PKPB boleh ditamatkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.