nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keahlian terbatal: Banyak aduan salah laku Dr Mahathir

29 MEI:  Bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad bukan dipecat, tetapi keahliannya secara automatik terbatal apabila beliau melanggar perlembagaan parti.

Menegaskan perkara itu, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam sidang media hari ini berkata terdapat beberapa sebab yang menyebabkan keahliannya dengan empat orang ahli lagi terbatal.

Katanya, perlembagaan parti Fasal 10.2.2 dan 10.2.3, ada menyebut tentang mengisytiharkan keluar dari parti dan menyertai atau menjadi mana-mana ahli politik lain di negara ini.

Sidang media Hamzah yang turut dihadiri beberapa pemimpin Bersatu

“Susulan daripada itu, satu surat telah pun dikeluarkan kepada tiap-tiap seorang daripada mereka iaitu YB Tun Dr. Mahathir, YB Datuk Seri Mukhriz Mahathir, YB Syed Saddiq Syed Abd Rahman, YB Maszlee Malik dan YB Datuk Amiruddin Hamzah, sebagai notis pemberitahuan kedudukan keahlian mereka yang terhenti secara serta merta mengikut Fasal 10.2.2.

“Saya ingin tegaskan bahawa kelima-lima mereka tidak dipecat daripada parti, tetapi keahlian mereka telah terhenti kerana melanggar perlembagaan parti.

“Ini adalah berlandaskan perlembagaan parti kerana kepentingan parti adalah lebih utama dari mana-mana individu.

Tiada sesiapa mengatasi undang-undang apabila parti mempunyai perlembagaannya sendiri,” katanya dalam sidang media bersama beberapa pemimpin Bersatu, petang ini.

Tambah Hamzah, banyak aduan turut diterima menggenai salah laku Dr Mahathir, antaranya beliau telah mengumumkan untuk bersama dengan PH sebaik sahaja PN dibentuk di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, bekas perdana menteri itu pada 4 Mei membuat kenyataan bersama dengan ketua-ketua parti PH mendesak supaya Sidang Parlimen

dilanjutkan.

Dr Mahathir juga katanya telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin yang dipilih secara sah oleh Yang Dipertuan Agong, serta mengadakan sidang media pada 18 Mei lalu, yang bertujuan untuk terus menjatuhkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa keputusan Bersatu untuk keluar dari PH telah pun diputuskan pada mesyuarat MPT bertarikh 23 Februari, yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir sendiri.

“Pengumuman keputusan MPT telah diumumkan oleh Tan Sri Presiden, sebagai Pemangku Pengerusi pada 24 Februari selepas Tun Mahathir meletakkan jawatannya pada hari yang sama.

“Sebagai Pemangku Pengerusi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin telah pun memberhentikan YB Senator Datuk Wira Marzuki Yahya melalui notis yang bertarikh 18 Mac berkuatkuasa serta-merta,” ujarnya.

Berikutan itu jelas Hamzah, beliau menyeru agar semua ahli Bersatu Kembali merapatkan jurang dan mengukuhkan kedudukan parti serta kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri hari ini.

“Saya yakin dengan pengalamannya beliau mampu untuk menangani isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi negara terutamanya dalam sektor ekonomi dan politik, khususnya ketika penularan  wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia,” jelasnya lagi.- Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.