29 MEI: Sebanyak 103 kes baharu Covid-19 dicatatkan sehingga jam 12 tengahari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan setakat ini 7,732 kes.
Peningkatkan itu membabitkan kes baharu jangkitan terhadap warga asing dengan 84 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 103 kes baru, tujuh merupakan kes import manakala 12 lagi kes rakyat tempatan.
Daripada 84 kes membabitkan warha asing, yang terdiri daripada 53 kes dari kluster Pedas, iaitu membabitkan syarikat kilang memproses ayam di Negeri Sembilan.
Sebanyak 24 kes dikesan melibatkan kluster syarikat pembersihan.
Setakat tengah hari tadi, 66 lagi pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 6,235, atau 80.64 peratus daripada keseluruhan kes.
Mengambil kira kes yang sudah sembuh, jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 1,382 kes.
Noor Hisham juga hari ini memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes.