Kes koronavirus di seluruh dunia melepasi 6 juta selepas Latin Amerika merekodkan 50,000 kematian akibat wabak itu.
Negara-negara seperti Brazil, Chile dan Mexico kini bergelut menangani penularan virus tersebut yang tercetus di China dan merebak ke Eropah dan Amerika Syarikat.
Covid-19 telah meragut lebih daripada 367,000 nyawa di seluruh dunia meskipun jumlah itu dipercayai lebih tinggi memandangkan ujian saringan yang dilakukan masih terhad.
Malah, kebanyakan negara tidak merekodkan kes kematian akibat wabak itu di luar hospital.
Sebanyak 41 kes pertama virus berkenaan disahkan di Wuhan, China pada 10 Januari lalu dan ia mengambil masa sehingga 1 April untuk mencecah kepada 1 juta kes.
Sejak itu kira-kira 1 juta kes baharu dilaporkan setiap dua minggu.