31 MEI: Insiden pemandu dipercayai mabuk menyebabkan kemalangan berulang lagi.
Kali ini, beberapa anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya berhampiran Queensbay, di Bayan Lepas, nyaris dirempuh kenderaan yang dipandu lelaki dipercayai mabuk, malam tadi.
Malah, suspek berusia 64 itu turut bertindak agresif ketika ditahan pihak berkuasa.Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A A Anbalagan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian terbabit yang berlaku pada jam 10.30 malam.
Memetik laporan NSTP, ketika kejadian cuba melanggar anggota yang bertugas di sekatan jalan raya.
“Namun anggota polis berkenaan sempat mengelak daripada dilanggar kenderaan pemandu itu. Lelaki yang memandu kenderaan jenis Ford Fiesta, dipercayai di bawah pengaruh alkohol,” katanya kepada NSTP, hari ini.
Anbalagan berkata, anggota polis yang berada di sekatan jalan raya itu, bertindak menahan suspek sejurus kejadian.
Bagaimanapun, suspek bertindak agresif dan turut memaki hamun anggota yang bertugas.
“Ujian saringan awal pernafasan menggunakan alat ‘Screening Device II’ (SDII) mendapati bacaan kandungan alkohol melebihi tahap yang dibenarkan iaitu 218 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah,” katanya.
Anbalagan berkata, lelaki itu kemudian dibawa ke balai polis bagi menjalani ujian saringan kedua serta ditahan di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Sekyen 186 Kanun Keseksaan.