- Tersebar di media cadangan supaya Dato Seri Najib Razak (DSNR) dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang kini disandang oleh Presiden UMNO Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi (DSAZH) .
(https://www.malaysiakini.com/news/528121)
(https://www.sinarharian.com.my/article/85743/BERITA/Politik/Ada-gerakan-naikkan-kembali-Najib ) - Konvensyen/amalan BN sejak 1974 adalah di mana Presiden UMNO secara automatik akan menyandang Pengerusi BN. Konvensyen ini disahkan oleh Setiausaha BN, Tan Sri Annuar Musa.
(https://www.sinarharian.com.my/article/85803/BERITA/Politik/Pengerusi-BN-adalah-Presiden-UMNO-Annuar) - Wujud kontradiksi, di mana seorang Ketua UMNO Bahagian di Selangor menyatakan bahawa :
“Langkah ini bertujuan membantu UMNO dan BN menghadapi pilihan raya akan datang atau bagi mendapatkan keyakinan rakyat kembali. Ini pandangan saya, apa yang boleh menguatkan kembali BN ini, Najib mestilah dilantik sebagai Pengerusi BN.
“Walaupun secara tradisionalnya Presiden UMNO ialah Pengerusi BN tetapi kali ini kita lihat, saya bukan kata Presiden (UMNO) gagal, (langkah) ini untuk memperkasakan lagi Presiden UMNO supaya Datuk Seri Najib boleh membantu Presiden UMNO.
“Najib perlu dilantik sebagai Pengerusi BN. Perkara ini boleh dilakukan sebenarnya. Ini kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid boleh fokus dalam parti UMNO, memperkuatkan UMNO dan memperkukuhkan UMNO,”
(https://www.sinarharian.com.my/article/85743/BERITA/Politik/Ada-gerakan-naikkan-kembali-Najib)
- Sedangkan tuan punya badan yakni DSNR berkali-kali terdahulu daripada ini menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan tertinggi parti atau PM.
4.1 Dilaporkan pada 2018:
“Bekas Presiden Umno itu menegaskan, beliau tidak berhasrat untuk kembali menjadi presiden parti mahupun sebagai Perdana Menteri memandangkan beliau sudah pun memegang jawatan itu selama lebih sembilan tahun.”
(http://www.astroawani.com/berita-politik/saya-tidak-berhasrat-nak-kembali-jadi-presiden-umno-atau-pm-najib-190352)
4.2 Disuarakan pada 2019
“Pelantikan sebagai Penasihat Barisan Nasional (BN) bukanlah loncatan untuk kembali menjadi perdana menteri, kata bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaliknya beliau menegaskan pelantikan itu memberi peranan kepadanya untuk memperkukuhkan lagi BN dan parti komponen yang lain.
Bekas perdana menteri itu berkata, sesiapa sahaja boleh memainkan peranan sebagai Penasihat BN namun individu itu perlu sanggup mengkritik Kerajaan PH secara konsisten selain mendapat sokongan daripada MCA dan MIC.”
(https://www.sinarharian.com.my/article/37713/BERITA/Nasional/Saya-bukan-nak-jadi-PM-semula-Najib)
- Persoalannya adakah ini merupakan kehendak DSNR, atau atas percaturan pihak-pihak tertentu?
- Teras polemik ini adalah “institusi Presiden UMNO” di mana DSNR sejak 2016 mengingatkan ahli UMNO supaya menjaga “institusi Presiden UMNO”. DSNR sendiri pernah menyatakan:
“Sekiranya institusi presiden Umno diganggu gugat ia menyukarkan pemimpin yang dipilih untuk memimpin dan menjalankan tugas sekali gus menyebabkan parti menjadi lemah.
“Jaga parti dan institusi presiden Umno, bukan jaga saya. Love me as president (Sayangi saya sebagai presiden) kerana satu hari nanti pengganti saya bakal ambil alih (tugas presiden).
“Kalau parti lemah siapa yang akan menjadi ketua untuk membawa kita ke hadapan?, Maka untuk pastikan parti tidak lemah, semua peringkat bahagian perlu jaga keharmonian,” katanya.
(https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/08/07/jaga-institusi-presiden-umno) - Think tank Singapura, ISEAS menyatakan secara tuntas bahawa keadaan politik Malaysia adalah:
“Malaysia is at an impasse. Both coalitions are currently unstable and face existential challenges that undermine their viability as governing entities”
Terjemahannya:
“Malaysia berada dalam kebuntuan. Kedua-dua pakatan politik (yakni PN dan PH) pada masa ini tidak stabil dan menghadapi cabaran yang bakal merosakkan kemampuan mereka sebagai entiti yang memerintah.”
( https://www.iseas.edu.sg/wp-content/uploads/2020/02/ISEAS_Perspective_2020_25.pdf )
- Dalam keadaaan yang tidak menentu, PN perlu di sokong dengan niat dan tujuan membela rakyat yang terkesan dengan Covid-19 dan kegawatan ekonomi global dan terasnya adalah memelihara institusi Presiden. Jika UMNO tidak stabil makai ia bakal memberi kesan kepada PN.
- Pemimpin perlu disatukan bukan dipecah belahkan, harapnya supaya jangan yang dikejar tak dapat dan dikendong berciciran.
Prinsip perjuangan dan keikhlas tidaklah begitu murah dan boleh dibeli dengan wang ringgit harapnya. Janganlah menangguk di air keruh!
ISMAEL HAMDAN
NKB UMNO BAHAGIAN BANGI
2 JUN 2020