nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tak mustahil Malaysia boleh putuskan rantaian Covid-19

7 JUN: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yakin negara dapat memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19, sepertimana yang dilakukan terhadap wabak berbahaya Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) dan sindrom pernafasan virus korona timur-tengah (Mers-CoV).

Noor Hisham berkata, perkara berkenaan hanya boleh dilakukan sekiranya rakyat di dalam negara khususnya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah diperkenalkan Putrajaya dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan wabak itu. 

“Apa yang kita pasti dan belajar dari SARS dan Mers-CoV, sampai ke hari ini masih tidak ada vaksin tetapi dengan menggunakan kaedah tindakan kesihatan awam, kita dapat membendung SARS dan Mers-CoV tanpa menggunakan vaksin. 

“Ada kemungkinan, tanpa menggunakan vaksin kalau kita semua patuh kepada SOP kita dan saranan kesihatan awam, kita juga boleh putuskan jangkitan Covid-19 tanpa vaksin. Jadi tidak mustahil untuk kita berjaya putuskan jangkitan Covid-19,” katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Menurut Noor Hisham, perkara akan menjadi lebih baik sekiranya vaksin bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ini dapat ditemui. 

“Kita seru rakyat Malaysia patuh pada SOP dan menurut kajian dilakukan The New England Journal of Medicine menyatakan, kalau kita boleh amalkan penjarakan sosial seperti 1 meter dan kalau 2 meter lagi bagus, kita boleh putuskan rantaian jangkitan. 

“Ditambah pula dengan kekerapan memakai topeng muka dan kerap mencuci tangan. Jadi adalah penting untuk kita sama-sama lihat bagaimana kita boleh pulihkan ekonomi kita tanpa vaksin dan amalkan SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Pada masa sama, Noor Hisham turut memaklumkan terdapat satu kluster baru membabitkan jangkitan yang berlaku di sebuah ibu pejabat polis daerah di Gombak. 

“Kluster Gombak adalah kluster yang baru. Kita kenal pasti melibatkan kakitangan di IPD Polis itu ada yang terlibat. Mungkin itu adalah satu faktor yang kita lakukan saringan secara berkala dan sebagainya. 

“Tetapi apabila kita dapat kesan, kita terus jalankan aktiviti kesihatan awam. Kita kenalpasti mereka yang terlibat dan mereka yang positif kita akan asingkan dan diberi rawatan. Kalau ada kontak rapat, kita akan asingkan dan kuarantinkan,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.