8 JUN: Benarkah tiada campur tangan politik dalam pentadbiran kerajaan PH seperti diuar-uarkan pemimpin mereka termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng?
Namun, pendedahan Malaysia Today hari ini bukan sahaja mengejutkan orang ramai tetapi jelas ada campur tangan Dr. Mahathir sebagai perdana menteri ketika itu dan Guan Eng sebagai menteri kewangan membabitkan urusan pelepasan aset-aset Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Tentu sebelum ini ramai hairan bagaimana urusan pelepasan set-aset AMLA milik seorang taikun hartanah begitu mudah dilakukan tetapi berdasar pendedahan tersebut dengan bukti-bukti minit Tun Mahathir, serta Peguam Negara Tommy Thomas member taklimat kepada Guan Eng, nyata ketiga-tiga mereka bersubahat dan menyalahguna kedudukan dalam kes tersebut.
Campurtangan pelepasan aset-aset taikun hartanah terbabit di bawah AMLA ini mengesahkan bahawa perundangan negara tidak bebas daripada campur tangan politik.
Persoalan yang timbul kini tuduhan membabitkan politik UMNO seperti yang dihadapi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah bersifat politik dan mala fide.
Begitu juga kes sedang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Justeru, amat dikhuatiri kerajaan PH menjadikan AMLA sebagai alat untuk menganiaya musuh politik.
Untuk mengetepikan terus dan mengelak curiga pertuduhan terhadap Ahmad Zahid tanpa campur tangan politik ia semakin sukar.
Jelas pendakwaan terhadap pemimpin tertentu di zaman PH boleh dianggap bersifat politik dan bersifat mala fide.
Surat-surat yang didedahkan portal berkenaan jelas menunjukkan Tommy seakan-akan memberi taklimat kepada Guan Eng serta menggambarkan bekas peguam negara itu taat setia kepada ‘political masters’ berbanding dengan Perlembangan seperti sepatutnya seorang penjawat jawatan.
Ini selaras dengan pengakuan Tommy sendiri dalam kenyataannya berkenaan kes anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz yang kata beliau setia kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Persoalannya jika pelepasan harta dan pembekuan taikun ini pun di minit oleh perdana menteri dan Tommy memberi taklimat kepada Guan Eng, apakah kes membabit Ahmad Zahid turut berjalan sedemikian.
Nampaknya tidak mustahil! Sekarang ini sudah jelas memang ada campur tangan penglibatan politik dalam pendakwaan sesuatu kes.
Jika ini tidak benar, mereka nama yang terkait dalam pendedahan tersebut wajib tampil menafikan dan sekiranya benar, tindakan sewajarnya harus diambil terhadap mereka bagi menjamin institusi perundangan dan kehakiman negara tidak boleh tercemar dengan campur tangan politik.