nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Strategi baharu rancak industri pelancongan domestik

10 JUN: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan melaksanakan pelbagai strategi baharu bagi merancakkan semula industri pelancongan domestik di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebagai permulaan MOTAC melancarkan kempen Penyemarakan Semula Pelancongan Domestik sebagai langkah pemulihan industri berkenaan, yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19, sejak Mac lalu.

Beliau berkata, menerusi kempen berkenaan merangkumi pelbagai inisiatif termasuk Pelan Pemulihan Pelancongan dan Pelan Pemulihan Kebudayaan yang antara lain bertujuan menggalakkan dan merancakkan semula sektor pelancongan khususnya kepada pelanggan domestik.

“Walaupun kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY2020) telah dibatalkan sebelum ini, usaha-usaha mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan yang selamat akan diteruskan.

“Sebagai permulaan, kita mahu ia (pelan pemulihan) dibuktikan menerusi pelancongan domestik, kita sendiri harus memainkan peranan menyemarakkan semula industri pelancongan negara, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi pada masa depan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini, antara lain menyaksikan aktiviti pelancongan domestik dibuka semula.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, MOTAC juga akan memanfaatkan semua platform media sosial dan digital seperti Facebook, blog dan e-pasaran bagi memperomosikan dan menggalakkan rakyat tempatan melancongan di dalam negara dengan selamat menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Katanya, MOTAC juga akan bekerjasama dengan stesen radio tempatan bagi menjalankan aktiviti perhubungan awam merentas sempadan negeri untuk mempromosikan destinasi pelancongan menarik kepada pelancongan tempatan, selain memperkenalkan pakej istimewa menerusi Cuti-Cuti Malaysia Travel Fair, E-Corporate Bazaar dan Malaysia  Tourism Travel Bazaar.

“Bagi membantu penggiat pelancongan tempatan, kerajaan juga menyediakan bantuan geran sepadan dikenali sebagai Galakan Melancong Malaysia (Gamelan) yang akan diteruskan dan dipermudahkan dari semasa ke semasa terutama bagi tujuan promosi dan pemasaran tempatan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.