13 JUN: Selepas ditahan semalam, hari ini Michael P Ubu peguam yang diburu SPRM dan PDRM sejak 2 tahun telah ditangkap dan kini dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.
Michael, 63 yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal tanah Risda ditahan SPRM Sabah pada 1.30 tengahari Jumaat dan pagi ini direman sebelum didakwa bersama Datuk Peter Anthony Isnin ini.
“Suspek akan didakwa di mahkamah pada isnin depan bersama Datuk Peter Anthony”. kata sumber
Menurut sumber Michael bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan pecah amanah firma guaman
Jika bersabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun, dengan hukuman sebatan dan denda.
Michael Ubu juga mungkin tidak akan terlepas dengan pertuduhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 sebagaimana Datuk Peter Anthony melibatkan wang RM8.75 juta.