2 gempa bumi dalam masa 5 jam
14 JUN: Dua kejadian gempa bumi dikesan berlaku masing-masing di Kepulauan Ryukyu, Jepun malam tadi dan di Taiwan awal pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memberitahu, kedua-dua gempa bumi tersebut tidak memberi ancaman tsunami terhadap negara ini.
Menurut jabatan berkenan, gempa bumi kuat di Kepulauan Ryukyu pada 6.6 skala Richter pada pukul 11.51 malam tadi.
Lokasi kejadian adalah 279 kilometer (km) di utara Naha, Jepun dengan kedalaman 213 km.
Koordinatnya pula terletak di 28.6 darjah utara dan 128.5 darjah timur.
Gempa bumi di Taiwan pula berlaku pada pukul 4.19 pagi hari ini pada 5.2 skala Richter dengan kedalaman 24 km.
Kejadian dikesan di 110 km dari arah tenggara Keelung dengan koordinat 24.3 darjah utara dan 128.5 darjah timur. – Oleh HUSSAINI AMRAN