17 JUN: Sikap biadab anggota keselamatan yang didakwa menengking penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini telah diambil tindakan disiplin.
Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dalam kenyatan hari ini berkata, pihaknya tidak sama sekali menerima sikap biadab sedemikian oleh mana-mana kakitangannya dan pada masa sama memohon maaf kepada Noorul serta keluarga atas insiden tersebut.
“Setelah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut, kami segera melancarkan siasatan, yang mana mengesahkan kejadian seperti itu berlaku sepertimana dilaporkan,” kata kenyataan itu hari ini.
Sebelum ini, pelantun lagu Kerana Terluka memuat naik hantaran dalam akaun Instagram miliknya yang meluahkan rasa kecewa berikutan layanan anggota keselamatan terbabit di KLIA.
Kenyataan itu menambah, pihaknya tidak akan bertoleransi dengan sebarang pelanggaran budaya perkhidmatan walaupun ketika melaksanakan tatacara operasi standard.
“MAHB komited memberikan pengalaman mesra kepada semua tetamunya,” kata kenyataan itu.
Mereka yang datang ke terminal lapangan terbang boleh menghampiri duta mesra yang memakai selempang May I Hel‘ yang akan membantu jika inginkan bantuan.
“Di Malaysia Airports, tetamu keutamaan kami. Kami mengalu-alukan sebarang maklum balas berhubung pengalaman anda di lapangan terbang ini, beritahu kami di e-emel MAHB atau menerusi platform sosial media kami,” katanya.