18 JUN: Jumlah kematian akibat COVID-19 di Mexico hari ini melaporkan 770 orang menjadikan jumlah kumulatif di negara itu sebanyak 19,080.
Memetik agensi Anadolu, sebanyak 4,930 orang diuji positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam sekali gus jumlah keseluruhan meningkat kepada 159,793 kes, kata Kementerian Kesihatan Mexico.
Tambah kementerian itu, jumlah pesakit yang pulih telah mencapai 119,355 orang.
Mexico mengesahkan kes pertama pada 28 Februari dan kematian pertama akibat wabak tersebut dicatatkan pada 19 Mac lalu.
Wabak yang berasal dari China pada Disember tahun lalu menyebabkan ia merebak ke 188 negara dengan Amerika Syarikat (AS), Brazil dan Rusia mencatatkan jumlah kes jangkitan positif COVID-19 yang tinggi.
COVID-19 itu telah membunuh hampir 449,000 orang di seluruh dunia dengan jumlah jangkitan lebih daripada 8.34 juta sementara lebih daripada 4.07 juta orang telah sembuh daripada penyakit tersebut, menurut angka yang disusun oleh Universiti Johns Hopkins AS.