nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Politik kebencian jejas usaha global perangi COVID-19

19 JUN: Politik kebencian dan perpecahan telah memperlahankan usaha global memerangi wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rusuhan dan demonstrasi di beberapa negara tertentu adalah bertentangan dengan langkah-langkah penjarakan sosial dan kebersihan diri bagi memerangi COVID-19.

Menurut beliau, kehidupan dan kesihatan rakyat seharusnya menjadi perkara terpenting dalam usaha memerangi wabak terbabit.

“Kita tidak boleh membiarkan diskriminasi dari segi perkauman dan xenofobia mengalihkan perhatian kita dari perjuangan melawan COVID-19.

“Melangkah ke hadapan, saya menggariskan tiga perkara fokus yang Malaysia rasakan perlu dikawal, dikurangkan dan ditangani mendepani COVID-19 dan kesannya kepada kita iaitu menghapuskan COVID-19, memulihkan semula ekonomi dan menghidupkan kembali kerjasama antarabangsa,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian dalam Sidang Video Peringkat Tertinggi mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) berkaitan COVID-19 atas jemputan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi.

Sidang video tersebut turut disertai menteri-menteri luar dari Mongolia, Laos, Myanmar, Kyrgyztan, Kenya, Kazakhstan, Ethiopia dan Mesir.

Pada masa sama, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, beliau tidak dapat membayangkan masa depan masyarakat dunia jika mereka hidup dalam ketakutan dan suasana tidak aman.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerjasama erat dan perkongsian maklumat adalah asas kepada semua negara untuk terus bersolidariti menghentikan penularan COVID-16.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.