nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO dapat semula wang lebih RM192 juta

19 JUN: Pihak pendakwaan gagal untuk menggantung perintah penolakan pelucutan hak wang berjumlah RM192,965,413.61 daripada UMNO di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Memetik kenyataan peguam UMNO, Datuk Hariharan Tara Singh, keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan setelah mendengar hujah-hujah semua pihak.

Beliau berkata, antara hujahan pihaknya adalah wang tersebut yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah dari UMNO, bukan dari dana awam atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, katanya, tiada sebarang keadaan khas yang membolehkan mahkamah untuk menggantung keputusan penolakan hak wang terbabit.

“UMNO berharap pihak pendakwa raya terima seadanya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Februari lalu yang menolak permohonan pelucutan hak wang UMNO berjumlah RM192,965,413.61 tersebut,” jelasnya.

Dalam kes yang sama, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mendapatkan penggantungan perintah yang sama bagi tiga pihak lain iaitu Wanita MCA (RM300,000), Perano Sdn Bhd (RM337,634,78) dan Binsabi Sdn Bhd (RM777,250).

Mohamed Zaini ketika menyampaikan keputusan tersebut berkata, mahkamah menolak permohonan penangguhan tersebut kerana pihak pendakwaan gagal menunjukkan keadaan khusus untuk menjamin penangguhan.

Beliau seterusnya memberitahu Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat bahawa pihak pendakwaan sekarang boleh menulis surat kepada Mahkamah Rayuan untuk meminta penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pada 7 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman kerajaan untuk melucut hak terhadap wang lebih RM192 juta yang didakwa berkaitan dengan dana 1MDB daripada UMNO.

Mahkamah memutuskan bahawa baki wang dalam akaun bank UMNO pada Mei 2019 tidak berkaitan dengan sebarang duit yang didakwa didepositkan oleh bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.