22 JUN: Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Yakubah Khan merupakan salah seorang daripada lima individu yang mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, hari ini.
Selain beliau, tiga individu yang turut mengangkat sumpah jawatan Senator ialah Setiausaha Kehormat Pergerakan Wanita PBB Sarawak, Susan Chemerai Anding; Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak, Rita Sarimah Patrick Insol dan Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Robert Lau Hui Yew.
Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswaran.
Yakubah, Susan, Rita dan Robert merupakan lantikan baharu yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Seorang lagi Senator iaitu Datuk Bashir Alias mengangkat sumpah bagi penggal kedua.