Anak Mat Sabu Dijatuhi Hukuman 8 Bulan Penjara
Selepas lebih setahun isu Ahmad Saiful Islam Mohamad yang didakwa atas kesalahan penyalahgunaan dadah, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan selepas didapati bersalah atas dakwaan tersebut di sebuah hotel terkemuka awal tahun lalu.
Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah terhadap anak bekas Menteri Pertahanan itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu.
Pada 5 Januari 2019, seorang anak menteri ditahan bersama 101 individu lain dalam serbuan di sebuha pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Suspek yang berusia 31 tahun itu ditahan dalam serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pukul 3 pagi.