26 JUN: Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik 10 sen, manakala diesel pula naik 9 sen bagi tempoh 27 Jun hingga 3 Julai ini.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik, harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.99, RON95 (RM1.69) dan diesel RM1.86.
Kenaikan harga terbabit dipengaruhi harga minyak diproses yang semakin meningkat selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.
Kerajaan akan terus memantau impak perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah perlu untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terjaga. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH