nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pastikan harga vaksin COVID-19 berpatutan – Muhyiddin

26 JUN: ASEAN perlu memastikan vaksin COVID-19, apabila sudah ada kelak, adalah pada harga berpatutan, boleh diakses dan dikongsi sama rata untuk semua pihak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ASEAN bertanggungjawab melindungi warganya daripada ancaman COVID-19 yang boleh membawa maut dan untuk tujuan itu, vaksin amat diperlukan.

“Walaupun kemajuan dalam pembangunan dan penghasilan vaksin dan ubat antiviral amat menggalakkan, kita perlu memastikan apabila tiba masanya kelak, vaksin itu perlu pada harga berpatutan, boleh diakses dan dikongsi samarata untuk semua,” katanya pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-36, yang berlangsung secara maya dan dihoskan Vietnam.

Beliau menyertai sidang kemuncak secara maya itu dari Putrajaya dengan disertai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Perdana Menteri menambah, setakat semalam, lebih 138,000 kes COVID-19 dilaporkan di ASEAN, dengan mencatatkan lebih 4,000 kematian.

Beliau memberitahu, Malaysia menghargai inisiatif diambil Vietnam, selaku pengerusi ASEAN, mengadakan Sidang Kemuncak hari ini melalui persidangan video disebabkan pandemik COVID-19.

“Ini merupakan saat bersejarah bagi kami negara anggota ASEAN. Perbincangan kami hari ini membuktikan iltizam kami untuk memastikan ASEAN terus berusaha membina komuniti yang bersatu dan responsif, selaras dengan tema kepengerusian Vietnam,” ujarnya.

Muhyiddin memberitahu, Malaysia yakin di bawah kepimpinan Vietnam yang berwibawa, ASEAN akan dapat mencapai hasil signifikan pada tahun ini, walaupun berdepan dengan keadaan tidak pernah berlaku sebelum ini yang menyelubungi COVID-19.

Beliau berkata, sejak penubuhannya lebih setengah abad lepas, ASEAN telah berusaha memastikan rantau ini terus berkembang maju, makmur dan menjalin hubungan dan kerjasama dengan dunia.

“Lebih-lebih lagi pada masa sekarang, kita perlu menunjukkan pada dunia yang dipenuhi kebencian dan pengasingan, penuh dengan tangisan dan penderitaan, bahawa Cara ASEAN – yang melangkaui lebih daripada pemimpin-pemimpin berpegang tangan dalam foto – adalah berhasil,” katanya.

“Saya beri jaminan, komitmen Malaysia untuk memperjuangkan kepentingan bersama kita menerusi Komuniti ASEAN yang berorientasikan rakyat dan berpaksikan rakyat akan menjadi keutamaan kami dalam menentukan masa depan bersama yang kita boleh banggakan,” katanya.

Berhubung isu pertikaian sempadan di Laut China Selatan, Perdana Menteri menyatakan bahawa pendirian Malaysia adalah jelas dan konsisten bahawa perairan tersebut seharusnya kekal aman dan menjadi laluan perdagangan.

“Justeru, perkara-perkara yang berkaitan dengan Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa yang diakui secara universal, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut Antarabangsa 1982 (UNCLOS),” katanya.

Muhyiddin menambah, memandangkan isu tersebut amat rumit dan sensitif, semua pihak perlu terus bekerjasama bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan.

“Dalam masa yang sukar ini, amat penting bagi kita memperhebatkan usaha untuk membina, memelihara dan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan bersama demi kepentingan rantau dan masyarakat kita,” katanya.

Malaysia turut mencadangkan agar negara-negara ASEAN mewujudkan rancangan yang bersepadu untuk segera melaksanakan langkah-langkah bagi laluan perjalanan antara negara-negara anggota ASEAN yang dikategori ‘hijau’.

Perdana Menteri berkata, rancangan itu penting bagi meningkatkan pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat di rantau ini.

“Konsep ‘green bubble’ atau ‘laluan hijau’ melibatkan pelonggaran sekatan perjalanan antara dua atau lebih negara yang mana jangkitan dan kes tempatan COVID-19 adalah rendah.

‘Kemungkinan pada masa terdekat ini, kita juga boleh membuka sempadan bagi pelancongan antara-ASEAN agar diperluaskan dan meningkatkan kewangan yang amat diperlukan dalam ekonomi kebangsaan kita,’ jelasnya.

Muhyiddin memberitahu, Malaysia juga menyokong dan berkongsi pandangan yang sama dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Presiden Indonesia, Joko Widodo bahawa para pegawai rasmi ASEAN perlu memulakan usaha untuk mewujudkan laluan perjalanan ASEAN.

“Sebagai langkah pertama, kita boleh menerokai kemungkinan pengecualian sektor bagi sekatan perjalanan seperti pelancongan perubatan atau lawatan ekonomi bernilai tinggi,” katanya.

Beliau berkata, bersama-sama dengan rakan anggota ASEAN yang lain, Malaysia juga akan berusaha ke arah mencapai kesimpulan dan menandatangani Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tahun ini.

Perdana Menteri menyatakan bahawa Malaysia bersedia untuk terlibat dengan India dalam penyertaan terus dalam RCEP, yang mana Malaysia percaya ia akan menyumbang kepada kemakmuran serantau.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.