nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan cabar lagi kedaulatan negara atau kami berhimpun


29 JUN: Pemuda PAS tidak teragak-agak akan mengadakan perhimpunan aman jika masih ada lagi individu yang menghina kedaulatan negara. 

Exco Dewan Pemuda PAS, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata pihaknya beranggapan tindakan menghina Jata Negara merupakan percubaan awal dalam memberi ancaman kepada negara. 

“Kita percaya ini hanyalah permulaan dan akan datang serangan yang lebih dahsyat daripada itu kepada kedaulatan negara kita. Mesej kami setakat ini sahaja yang boleh mereka lakukan. 

“Sekiranya mereka melanggar, kita tidak akan teragak-agak untuk lakukan himpunan lebih besar daripada ICERD sekiranya mereka melampaui batas lebih daripada apa yang dilakukan hari ini,” katanya kepada media ketika ditemui di IPD Dang Wangi, hari ini. 

Turut hadir sama, Exco Pemuda UMNO, Muhammad Azri Wan Deris, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Nizam Mohd Abdullah, Exco Pemuda MCA, Lim Soon Pin dan Setiausaha Pemuda Kebangsaan MIC, G Theeagaeesh. 

Terdahulu, tular di media sosial pengguna berkongsi satu pautan laman sosial Facebook sebuah syarikat buku bertajuk “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia” disunting oleh penulis, Kean Wong yang mempamerkan sebuah logo mirip jata negara yang telah diubah suai sebagai penghias muka hadapan.

Lukisan mirip jata negara itu meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang, serta mengubah suai bentuk dua ekor harimau selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya.

Muhammad Faizzuddin turut menyeru semua rakyat Malaysia parti politik tidak kira pembangkang memandang serius agar individu yang terlibat boleh diambil tindakan undang-undang dengan segera. 

Sementara itu, Muhammad Azri yang lebih dikenali sebagai Papagomo memberitahu pihaknya kini sedang menunggu jawapan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung kelulusan dan kebenaran buku tersebut untuk dijual di pasaran. 

“Ini perkara yang sengaja dicipta untuk menghadapi PRU15 akan datang. Kita juga maklum buku ini telah diterbitkan 2019 dan sedang menunggu jawapan daripada KDN adakah dapat kebenaran untuk menjual. 

“Namun, melalui pemerhatian awal kita buku ini boleh didapati di Lazada, Shopee yang sudah pastinya telah berada di pasaran Malaysia. 

“Jadi, pemuda UMNO, PAS, MCA dan MIC desak KDN ambil tindakan sewajarnya diambil bagi menghentikan perkara yang menghasut rakyat iaitu Jata Negara khususnya kerajaan Malaysia,” katanya.

Sementara itu,

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad menggesa supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penerbitan dan pengeluaran buku yang menghina Jata Negara dan syarikat penerbitan Ilham itu digantung dari penjualannya di pasaran.

Menurut beliau, lambang jata negara itu telah diubah suai dengan cara memperolok-olok dan memperlekeh sehingga menampakkannya secara jahat, keji, hina dan direndahkan martabatnya.

Kamaruzaman memberitahu, penerbitan buku itu juga dilihat mempunyai unsur provokatif, mempertikai, menyanggah, cubaan menghasut dan menimbulkan ketidaktenteraman awam.

“Perbuatan sedemikian terhadap lambang rasmi negara adalah satu kesalahan yang sangat serius mengandungi unsur melampau yang mesti dicegah oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.