Lelaki terbunuh ditembak dalam protes BLM
29 JUN: Seorang lelaki terbunuh dalam insiden tembakan ketika tunjuk perasaan Black Lives Matter (BLM) di Kentucky, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Memetik laporan Agensi, insiden tersebut berlaku di Jefferson Square Park, Louisville di mana penunjuk perasaan telah berkumpul selama berminggu-minggu bagi menuntut keadilan terhadap pembunuhan seorang wanita kulit hitam, Breonna Taylor.
Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan).
Walau bagaimanapun, mangsa telah meninggal dunia sebaik sahaja pasukan keselamatan tiba di lokasi kejadian.
Protes BLM meningkat secara mendadak di sekiiar AS selepas kematian George Floyd pada 25 Mei lalu ketika ditahan polis di Minneapolis.