nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Faham-faham sahajalah dalih Mahathir

MENAMAKAN anak sendiri sebagai pengganti adalah keistimewaan eksklusif untuk sistem monarki.

Namun, dalam amalan negara demokrasi terutama yang ‘terpimpin’, perkara sama juga boleh berlaku.

Cuma, jalan yang perlu dilalui lebih jauh serta berliku dan ada kalanya tidak boleh terus laluannya.

Tapi kesudahan sama, cepat atau lambat sedikit, si anak akan berada di kedudukan nombor satu sama seperti dirasai ayahnya.

Negara jiran kita antara contoh mudah tetapi harus diingat, bukan semua berjaya.

Pemimpin Indonesia pada satu era, begitu juga Mesir ketika Hosni Mubarak memimpin republik itu pernah berusaha.

Anak Presiden dibuka laluan luas tetapi Allah tidak mengizinkan.

Di Malaysia, memang ada anak Perdana Menteri berada dalam kelompok atasan politik namun perjalanan mereka bermula dari bawah.

Bukan sahaja bawah tetapi ketika bapa mereka sudah tiada lagi atau tidak langsung terlibat politik.

Kecuali dalam kes Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kes dua beranak ini unik. Mukhriz bertuah kerana ayahandanya menamakan beliau sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

Dinafikan Tun Mahathir sebagai hal itu datang daripadanya, namun itu tidak berupaya memadamkan persepsi.

Persepsi yang bukan baru wujud sehari dua bahawa Tun Mahathir mahu memastikan laluan sangat selesa untuk Mukhriz menjawat jawatan Perdana Menteri satu hari nanti.

Malah Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan menerima ‘akibat’ apabila Mukhriz tidak terpilih sebagai Naib Presiden UMNO – jawatan yang membuka laluan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Hasrat Tun Mahathir setidak-tidaknya membuka laluan selesa untuk Mukhriz ke puncak dikatakan tidak pernah terpadam.

Boleh sahaja berdalih itu dan ini, tetapi mana mungkin perkara yang sudah terang lagi bersuluh hendak digelapkan.

Menerusi Pakatan Harapan (PH), laluan Mukhriz ke jawatan lebih tinggi dikira akan diterima dalam sekutunya.

PAN dan DAP tidak punya banyak pilihan, bagi mereka kalau Tun Mahathir boleh membawa PH kembali ke Putrajaya mereka akan sokong sahaja.

Nanti dah berkuasa, tahulah DAP dan PAN menerusi jumlah kerusi terbesar yang ada untuk menjadi pencatur utama kerajaan seperti terbukti sebelum ini.

Perasaan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Ada aku kisah barangkali kerana ada pemimpin PAN siang-siang menyatakan hanya Tun Mahathir mempunyai angka yang cukup.

Itu pun mungkin bayangan gurauan sahaja.

Apa pun dalihannya, dalam bab menyelamatkan kedudukan Mukhriz, Tun Mahathir tidak pernah putus asa.

Pada usia dan statusnya, maka andai terbit ungkapan “bukan saya cakap, tapi orang lain sebut”, maka sekutu dalam PH perlu faham-fahamlah.

Itu bukan dialog sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Tak kan semua nak kena cakap biar terang. – Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.