SPRM tahan bekas Penolong Bendahari DAP P. Pinang
30 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang, Jeffrey Chew hari ini.
Memetik laporan The Star Online, sumber berkata, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang itu ditahan pada pukul 2 petang ketika beliau hadir di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang untuk memberi keterangan.
Walau bagaimanapun, sumber tersebut tidak menyatakan butiran terperinci tentang tangkapan tersebut.
Difahamkan, Jeffrey akan dibawa ke mahkamah esok dan pegawai-pegawai SPRM menggeledah rumahnya di Batu Feringhi petang ini.