nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Skandal terowong dasar laut: SPRM mula ambil keterangan

3 JULAI: Dua kumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘menziarahi’ beberapa pejabat di tingkat 52, Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang, hari ini.

Difahamkan kumpulan pertama terdiri daripada empat pegawai itu tiba di lokasi kira-kira pukul 9.40 pagi manakala kumpulan kedua tiba kira-kira 25 minit kemudian.

Tingkat 52 menempatkan pejabat Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman; Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P Ramasamy; Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johari dan Exco Pelancongan, Seni Budaya dan Warisan, Yeoh Soon Hin.

Difahamkan kumpulan pegawai SPRM itu akan menyoal beberapa pemimpin kerajaan negeri berkenaan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Bagaimanapun, difahamkan hanya Soon Hin berada di pejabat sementara Ramasamy yang tiba di pejabatnya sekitar pukul 9.15 pagi dilihat meninggalkan lokasi selepas mempengerusikan mesyuarat sementara Zairil juga meninggalkan pejabatnya kira-kira pukul 9 pagi bagi mempengerusikan mesyuarat lain.

Ramasamy ketika ditemui pemberita selepas itu berkata, empat orang pegawai SPRM termasuk dua pengawal tiba di pejabatnya pada pukul 10 pagi.

“Mereka tidak temu bual saya. Mereka cuma ambil keterangan kakitangan saya dan ambil jadual kerja. Selain itu, mereka turut mengambil gambar pejabat, dan semua proses selesai pada pukul 1.15 tengah hari,” katanya.

Terdahulu, empat pegawai SPRM turut dilihat memasuki pejabat Zairil.

Beliau berkata, SPRM hanya datang untuk mengambil gambar pejabatnya dan mengambil keterangan petugas.

“Saya tidak berada di pejabat pagi ini kerana terpaksa mempengerusikan mesyuarat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Saya difahamkan mereka hanya datang untuk ambil gambar pejabat,” katanya.

Difahamkan, kehadiran SPRM mempunyai kaitan dengan siasatan isu rasuah berkaitan projek mega terowong dasar laut negeri.

Rabu lalu, media melaporkan SPRM akan memulakan semula siasatan ke atas Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang susulan bukti baharu yang diterima berkaitan perkara itu.

Sumber terdekat berkata, lebih ramai saksi dari kerajaan Pulau Pinang akan dipanggil membantu siasatan.

Selasa lalu, Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang, Jeffrey Chew adalah individu pertama ditahan berhubung kes itu dan ketika ini, beliau ditahan reman selama empat hari mulai kelmarin.

Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang mencetuskan kontroversi sebelum ini terutama membabitkan kos bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan bernilai RM305 juta, selain ia lewat dua tahun daripada tarikh siap.

Projek berkenaan merangkumi pembinaan jalan sejauh 30 kilometer dan terowong bawah tanah dengan nilai keseluruhan dijangka RM6.3 bilion.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.