6 JULAI – Pesawat tempur Israel melancarkan serangan dengan menyasarkan kawasan pertanian di timur Semenanjung Gaza pada Ahad malam, menurut agensi berita Anadolu.
Tentera Israel mendakwa pihaknya berjaya menyerang kawasan milik kumpulan Palestin Hamas.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, petik laporan Bernama.
Serangan udara itu kononnya sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.
Setakat ini, tiada kumpulan Palestin di Gaza mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.
Sementara itu, memetik laporan berita Israel, kawasan yang disasarkan itu didakwa merupakan lokasi peninjau Hamas.
“Kawasan itu juga menempatkan kemudahan bawah tanah Hamas,” lapor berita memetik kenyataan tentera Israel.