9 JULAI: Kerajaan membenarkan pawagam pandu masuk beroperasi dengan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara SOP yang mesti dipatuhi adalah pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing.
Beliau menambah, penjualan makanan mesti dilakukan secara dalam talian manakala makanan hendaklah diambil secara pandu lalu.
“Petugas Rela juga perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung.
“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti ini bagi rujukan semua operator yang terlibat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – Oleh HUSSAINI AMRAN