nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Siasat terperinci dakwaan penyelewengan di P. Pinang

9 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP.

Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata, tindakan itu perlu kerana pembangunan projek mega oleh kerajaan negeri Pulau Pinang itu dilihat mempunyai terlalu banyak muslihat dan agenda belakang tabir.

Sehubungan itu, beliau menggesa pasukan SPRM yang sedang ‘berkampung’ di Pulau Pinang ketika ini diharap dapat menyiasat dan membongkar habis-habisan penipuan DAP.

Sebagai contoh Iszuree berkata, rancangan asal terhadap usaha untuk mengatasi masalah lalu lintas yang teruk di Pulau Pinang bermula sejak tahun 2004 menerusi projek jajaran lebuh raya baharu.

Katanya, projek Lebuhraya Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) bernilai RM1.02 bilion itu semenangnya satu keperluan buat rakyat dan negeri, tetapi tidak kesampaian apabila kerajaan Gerakan-BN tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Mengikut perancangan asal PORR melibatkan MRCB Sdn Bhd dan Peninsular Metroworld Sdn Bhd selaku pemegang taruh, lebuh raya dari Tanjung Tokong ke Gelugor sepanjang 17 kilometer itu akan mempunyai lapan susur keluar.

“Semasa cadangan PORR dikemukakan, DAP cukup ekstrem menentang dengan membangkitkan isu-isu alam sekitar serta kononnya ia projek kroni dan dakwaan rasuah hingga dijadikan DAP modal pilihan raya.

“Bagaimanapun, di bawah Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri, projek baharu pula diajukan sekitar tahun 2010 dan setelah mendapat kritikan dari BN, rancangan diubahsuai kepada satu pelan induk.

“Pelan induk tersebut, melibatkan Halcrow Transport Consultant dari Britain dengan bayaran kajian awal sebanyak RM3.2 juta berfokus kepada kelancaran sistematik pengangkutan awam.

“Namun rancangan HalCrow yang telah dibentangkan pada kerajaan negeri pada tahun 2011, 2012, dan 2013 ini telah diketepikan. Ketika itu Halcrow mencadangkan dengan kos lebih kurang RM10 bilion sahaja.

“Berbanding PORR semasa BN dulu lebih kurang RM1.02 ke RM1.5 bilion. Tapi mungkin disebabkan oleh naiknya harga-harga kos construction, maka dicadangkan Halcrow dengan kos sebanyak RM10 bilion,” katanya.

Iszuree berkata demikian ketika ditemu bual dalam siaran langsung secara dalam talian bersama GombakTV membincangkan tajuk “Skandal Terowong Pulau Pinang: Tak Kisah Rakyat Bengang… Janji Masyuk?”, semalam.

Dalam kupasannya, Iszuree berkata, setelah itu berlaku tambahan projek ke atas Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) tersebut termasuk terowong dasar laut dan lain-lain menjadikan keseluruhan kos projek mega ini sebanyak RM46 bilion.

Beliau memberitahu, rakyat yang bermaklumat semakin ragu apabila kajian kebolehlaksanaan terowong itu menelan belanja RM305 juta di mana terlalu mahal berkali-kali ganda berbanding pembinaan sama di Kanada cuma sekitar RM50 juta.

Jelasnya, rakyat mulai bersuara mengkritik dan membidas Kerajaan DAP Pulau Pinang yang ketika itu menguar-uarkan mengenai ketelusan, tetapi bersikap hipokrit dalam pelaksanaan mereka.

Menurut beliau, sebanyak enam kertas siasatan juga telah dibuka berkaitan isu tersebut, tetapi seakan-akan disembunyikan di bawah karpet semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah, selain banyak ‘wayang’ dilakukan DAP.

Iszuree turut membandingkan harga rumah dibangunkan dahulu di bawah RM100,000 dan masih mampu dimiliki rakyat, tetapi sejak DAP memerintah dibina yang berharga RM300,000 di mana rakyat hanya mampu tengok.

Namun beliau percaya DAP tidak akan berjaya dan sukar kerana kos untuk memulakan semua projek mega tersebut terlalu besar dan ketika sama berdepan 76 syarat untuk kelulusan penilaian alam sekitar (EIA).

Bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang dipecat itu menyatakan, ketika pimpinan DAP disiasat atas dakwaan berkait rasuah, namun perkara sebaliknya tidak berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.

Katanya, disebalik pelbagai kejian dihamburkan pemimpin DAP kepada Kelantan, tetapi pelbagai pihak dan agensi memberikan penarafan terbaik dan pengiktirafan kepada negeri diterajui PAS itu.

“Saya harap SPRM bongkarkanlah sehabis-habisnya supaya rakyat lihat sejauhmana hipokrasi DAP ini yang telah bukan sahaja menipu rakyat dalam PRU ke-14.

“Tapi menipu bulat-bulat rakyat Pulau Pinang yang akan menyebabkan bukan sahaja kerajaan negeri akan bankrup, rakyat Pulau Pinang juga akan menanggung satu beban kos yang cukup besar,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.