nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Al Jazeera disiasat sebab ada unsur hasutan

10 JULAI: Kertas siasatan terhadap Al Jazeera dibuka selepas Pejabat Peguam Negara (AG) mendapati dokumentari terbitan stesen penyiaran antarabangsa itu cuba memburukkan nama Malaysia dengan melaporkan perkara tidak tepat mengenai layanan pihak berkuasa kepada warga asing ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Difahamkan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Al Jazeera akan dilakukan mengikut Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyebarkan berita tidak benar dan bersifat menghasut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata polis sentiasa bertindak adil dan saksama kepada semua pihak termasuk wakil media tempatan dan antarabangsa, namun laporan dokumentari itu jelas mencetuskan rasa tidak senang dan kemarahan orang ramai.

Berikutan itu, Hamid berkata, polis sudah memanggil enam kakitangan Al Jazeera termasuk wartawan dan penerbit rancangan berkenaan hari ini bagi memberikan keterangan berhubung penerbitan dokumentari terbabit.

Jelasnya, kesemua enam editor dan wartawan agensi antarabangsa itu dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan dan bukannya sebagai suspek.

“Negara ini juga mempunyai undang-undang dan ia amat mudah dipatuhi demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum.

“Jangan takut, Malaysia adalah negara paling selamat di dunia dan kami tidak akan membiarkan sesiapa membahayakan mereka. Berani dan profesional. Kita masih membenarkan mereka untuk mendapatkan barisan peguam yang terbaik.

“PDRM juga mendukung prinsip kebebasan media yang ‘bertanggungjawab’ namun laporan (dokumentari) berkenaan jelas menimbulkan kemarahan orang ramai,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, sebentar tadi.

Hari ini, enam kakitangan Al Jazeera hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman seperti yang diarahkan PDRM.

Kesemua mereka tiba di Bukit Aman jam 8.50 pagi tadi.

Difahamkan, enam kakitangan itu terdiri daripada penerbit, editor, wartawan dan jurukamera serta mereka yang terbabit dalam menerbitkan dokumentari kontroversi ‘Locked Up In Malaysia’s Lockdown’.

Berikutan itu, Hamid berkata pihaknya akan memanggil seorang lagi kakitangan Al Jazeera bagi memberi keterangan esok bagi melengkapkan kertas siasatan, sebelum diserahkan kepada Peguam Negara, dalam masa terdekat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.