nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bantah Anwar calon PM, Tun M & sekutu keluar PH

10 JULAI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan mereka menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana membantah keputusan Pakatan Harapan (PH) yang berpatah balik memilih semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi menyatakan keputusan itu dalam kenyataan bersama Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah; Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

“Kami juga membuat keputusan untuk kekal bersama Parti Warisan Sabah sebagai blok bebas di dalam dan di luar Parlimen. Kami tidak bergabung dengan mana-mana gabungan,” kata mereka.

Bagi menjelaskan tentang keputusan itu, enam bekas pemimpin Bersatu tersebut memberitahu, setelah beberapa perbincangan, mereka telah mengambil ketetapan untuk berpegang kepada keputusan yang telah diambil akhir Jun iaitu untuk menamakan Presiden Warisan, Datuk Seri MOhd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri.

Menurut mereka, ketetapan itu dibuat walaupun Majlis Presiden PH telah menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri, ia tidak melibatkan Dr Mahathir dan rakan-rakannya dalam kalangan bekas pemimpin Bersatu mahupun Warisan.

Pada masa itu, mereka masih lagi berpegang kepada cadangan yang dibuat hasil dari perbincangan antara Dr Mahathir dengan pemimpin Warisan, Parti Amanah Negara dan DAP pada 25 Jun 2020.

“Dalam perbincangan itu, Amanah dan DAP telah mencadangkan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar serta Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri I dan II,” jelas mereka.

Menurut mereka, Dr Mahathir dan rakan-rakan bekas pemimpin Bersatu telah bersetuju dan menyokong cadangan tersebut kerana mahu menyelesaikan kebuntuan memilih calon yang sesuai dan mampu mendapatkan sokongan.

Kata mereka, mesyuarat pada 25 Jun 2020 itu telah meminta Dr Mahathir membuat pengumuman mengenai keputusan memilih Mohd Shafie dan beliau telah melakukannya pada 27 Jun 2020.

“Setelah pengumuman dibuat, DAP dan Amanah bagaimanapun, apabila menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH pada 6 Julai 2020 telah tidak berpegang kepada keputusan menamakan Datuk Seri Shafie dan sebaliknya menamakan Datuk Seri Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

“Bagi pihak kami, mencalonkan Datuk Seri Shafie sebagai Perdana Menteri adalah satu langkah positif yang perlu diambil. Ia bukan sahaja kerana kita percaya dia akan berkeupayaan untuk mendapatkan sokongan majoriti tetapi juga satu langkah ke hadapan demi mempertingkat hubungan Semenanjung dan Sabah dan Sarawak,” ujar mereka. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.