nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bomba jalankan operasi sanitasi di Parlimen

12 JULAI: Menjelang persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula esok sehingga 27 Ogos ini, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini menjalankan operasi sanitasi di bangunan Parlimen Malaysia.

Menurut status di laman Facebook Parlimen Malaysia, operasi sanitasi itu dijalankan dengan kerjasama Parlimen Malaysia dengan diketuai Penolong Pengarah Operasi JBPM Kuala Lumpur Khairul Azuwan Ibrahim serta 40 anggota bomba.

Lapor BERNAMA, kerja-kerja sanitasi itu antara pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Pelaksanaan Persidangan Parlimen dengan mengambil kira kebiasaan baharu untuk memerangi pandemik COVID-19.

Menerusi gambar yang turut dimuat naik dengan status itu, kelihatan anggota JPBM menjalankan operasi sanitasi di Blok Utama Parlimen yang menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara meliputi setiap ruangan, termasuk tempat bersidang, lobi dan tangga.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meluluskan SOP Pelaksanaan Persidangan Parlimen dengan mensyaratkan pemakaian pelitup separuh muka, penyediaan cecair pembasmi kuman dan jarak sosial satu meter tempat duduk semasa persidangan.

Menurutnya, semua yang terlibat termasuk ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan petugas media perlu menjalani proses pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera serta saringan suhu badan sebelum dibenarkan masuk.

“Hanya ahli Parlimen dan pegawai dibenarkan masuk ke dewan persidangan manakala hanya petugas media dan penjawat awam dibenarkan berada di bangunan Parlimen,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.