13 JULAI: Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut) dilantik sebagai ahli baharu Jawatankuasa Pemilih selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan usul yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.
Takiyuddin berkata, turut dicadangkan menganggotai Jawatankuasa Pemilih itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datoh), Datuk Seri Fadillah Yusof (Petra Jaya), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang) dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mereka dilantik bagi menggantikan Muhyiddin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan), Mohamad Sabu (Kota Raja), Darell Leiking (Penampang) dan Tan Kok Wai (Cheras).
“Semua usul tersebut dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 4(1) dan 6(2), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya.
Walaupun terdapat pertikaman lidah kerana pembangkang mempertikaikan ketiadaan calon wanita menjadi ahli tersebut namun Speaker, Datuk Azhar Azizan meluluskan usul yang dibawa oleh Takiyuddin selepas dipersetujui ahli Parlimen.