nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sidang kecoh bila Hanipa ungkit isu tebuk atap

14 JULAI: Pembentangan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong oleh Ahli Parlimen BN Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan agak panas dengan ‘gangguan’ yang dicetuskan oleh Ahli Parlimen PH Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Walaupun berulang kali diingatkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk memberi ruang kepada Ahmad menghabiskan pembentangan usulnya, Mohamed Hanipa tetap berdegil mengungkit tentang isu ‘kerajaan tebuk atap’.

Mohamed Hanipa dipercayai tidak berpuas hati apabila Ahmad menyatakan dalam usul tersebut bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah sah.

“Kemelut politik negara diselasaikan Yang di-Pertuan Agong dengan bijaksana selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan dan beliau dipanggil mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah namun Ahli Parlimen Langkawi berkenaan tetap berkeras meletakkan jawatan.

“Akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Kelapan,.. ini adalah kerajaan pintu istana yang sah bukan kerajaan pintu belakang bukan seperti didakwa pembangkang,” jelasnya.

Hujah Ahmad turut disokong oleh Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang ketika bangkit mencelah menyifatkan pertukaran kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada PN tidak akan berlaku jika Dr Mahathir tidak meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, Ahli Parlimen BN Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika bangkit mencelah, menafikan dakwaan PH kononnya kerajaan PN sekarang adalah kerajaan pintu belakang.

“Kerajaan PH membakar rumah dan jambatannya sendiri apabila Tun Dr Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

“Apabila kapal (PH) terbakar di tengah laut dan kapten kapalnya ikut lari menyelamatkan diri. Dalam prosedur operasi standard (SOP) biasa apabila kapten tiada orang baru kena ambil alih tugasnya. Jadi kita kena bina kapal baharu kerana yang lama sudah karam.

“Bukan orang lain bakar kapal mereka tetapi mereka sendiri tuang petrol dan kapal mereka. Pintu rumah dan tiang pun sudah runtuh sekrang kita bina rumah dengan strategi baharu,” katanya.

Mohamed Hanipa masih cuba menegakkan benang basah namun keadaan kembali terkawal selepas Azalina mengarahkan beliau duduk dahulu dan membina kebenaran Ahmad untuk mencelah.

“Saya Pengerusi… YB (Hanipa) pula Timbalan Menteri sudah berpengalaman dan biarkan Pontian (Ahmad) memberikan kebenaran,” tegas Azalina.

Pembentangan usul tersebut oleh Ahmad apabila sidang disambung semula selepas waktu rehat kelihatan tenang tanpa gangguan wakil pembangkang termasuk Mohamed Hanipa. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.